Bicara ilmu

Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.
Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?
Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.
Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:
  • Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
  • Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.
Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?
Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.
Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih .

Apakah gejala denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.
Demam Denggi
Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.
  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
  • Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
  • Kadar kematian amat rendah.
  • Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
  • Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
  • Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
  • Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
  • Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)
Sindrom Renjatan Denggi
Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:
Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.
Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.
Apakah komplikasi yang mungkin timbul?
Komplikasi demam denggi ialah:
  • Demam Denggi Berdarah.
  • Sindrom Renjatan Denggi.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?
  • Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan.
  • Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.

Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?
Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
  • Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
  • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
  • Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologi
Rawatan termasuk:
  • Meningkatkan pengambilan cecair.
  • Meningkatkan bekalan oksigen.
Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.

Rawatan farmakologi
Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.
Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?
Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:
  • Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.
  • Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
  • Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.


Apakah prognosis bagi demam denggi?
Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.
Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?
Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.


Bagaimana cara untuk mencegah denggi?
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.
Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk
Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik  

  • KOMPUTER

    1.         Manfaat teknologi komputer

    (a)  Kemajuan sistem pengurusan dan pentadbiran

     -          Ini kerana komputer merupakan satu alat elektronik yang boleh menyimpan maklumat yang banyak dengan cara yang teratur serta dapat diproses dan dikeluarkan dalam masa yang singkat.
    -           Teknologi komputer bukan sahaja dapat menjimatkan masa,ruang dan tenaga manusia, bahkan meningkatkan kecekapan pengurusan sesebuah organisasi. Sebab itulah banyak agensi kerajaan dan swasta menggunakan komputer untuk menyimpan rekod dan menganalisis data-data penting yang berkaitan dengan butir-butir kakitangan serta hal-hal pentadbiran dan pengurusan.

    (b)  Kemajuan sektor perindustrian

     -          Barang yang dihasilkan dengan menggunakan komputer bukan saja lebih banyak dan lebih cepat, tetapi juga lebih menjimatkan masa berbanding dengan keupayaan semulajadi manusia. Ini penting terutamanya di negara-negara maju yang mengalami masalah kekurangan tenaga buruh.
    -           Teknologi komputer dapat menjamin kualiti barangan yang dikeluarkan. Komputer boleh menguji mutu barangan dengan tepat dan pantas daripada yang dapat dilakukan oleh tenaga manusia.
    -           Komputer boleh membantu manusia melaksanakan kerja-kerja yang sukar dan merbahaya kepada kesihatan dan keselamatan pekerja. Misalnya robot yang dikawal oleh komputer digunakan untuk memasang kereta atau menjalankan kerja-kerja yang terdedah kepada bahan pencemaran dan radioaktif.
    Maka jelaslah bahawa penggunaan komputer merupakan asas untuk perkembangan industri perkilangan.

    (c)  Kemajuan kesihatan

     -          Tujuannya untuk membantu doktor membuat diagnosis sesuatu penyakit. Sebabnya komputer boleh memproses butir-butir peribadi mengenai pesakit dan seterusnya mendiagnosis jenis penyakit yang dihadapinya. Komputer juga boleh memberi maklumat tentang jenis ubat yang paling sesuai untuk merawat penyakit berkenaan.
     -          Dalam rawatan kesihatan khasnya semasa pembedahan, teknologi komputer telah memberi sumbangan yang besar dari segi melicinkan kerja pembedahan. Umpamanya bacaan denyutan jantung dan analisis gambar sinar-X pesakit boleh dibuat secara serta-merta dengan peralatan komputer. Ini membantu menjamin kejayaan sesuatu pembedahan dan keselamatan pesakit.

     (d)  Kemajuan sains dan teknologi

     -          Pelancaran satelit yang dikawal oleh komputer dapat mengumpul data-data penting mengenai persekitaran bumi.
    Maklumat ini kemudian dianalisis dengan segera oleh komputer untuk menghasilkan keputusan kajian yang tepat tentang keadaan cuaca, seperti halaju angin dan kelembapan sesuatu kawasan. Ramalan kajicuaca yang lebih tepat ini membantu manusia untuk bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman malapetaka seperti banjir dan taufan.
     -          Di samping itu satelit yang bergerak di bawah kawalan komputer juga dapat memajukan sistem telekomunikasi.Maklumat dari sesuatu kawasan boleh dihantar ke seluruh dunia dengan pantas. Ini juga yang membolehkan sesuatu acara sukan atau pertandingan disiarkan secara langsung ke segenap pelosok dunia.

    (e)  Kemajuan pendidikan

     -          Komputer merupakan alat bantuan mengajar yang penting. Ia bukan sahaja dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk yang sistematik, malahan diiringi dengan muzik dan gambarajah serta bahan grafik yang menarik. Teknik pengajaran begini pasti akan menarik minat para pelajar terhadap pelajaran.
     -          Komputer juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, kerana pelajar boleh mempelajari sesuatu pelajaran secara individu melalui program-program komputer yang disediakan. Dengan adanya program tertentu, segala arahan dan peraturan pelajaran disampaikan dengan jelas. Maka pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja dengan berpandukan arahan itu.
     -          Satu lagi keistimewaan dalam pembelajaran menerusi komputer ialah segala kesalahan yang dilakukan oleh pelajar boleh dikesan dan diperbetulkan dengan serta- merta oleh komputer. Dengan cara ini keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.
    2.         Kesan penggunaan komputer dalam pendidikan

    (a)  Alat bantu mengajar berkesan, misalnya program pembelajaran dengan bantuan komputer (CAI).

    (b)  Memudahkan kerja rutin supaya guru boleh tumpukan lebih perhatian ke atas masalah disiplin, pelajaran dan lain- lain hal pelajar - meninggikan produktiviti guru.

    (c)  Pendidikan jarak jauh.

    (d)  Mempertingkatkan kecekapan pengurusan, sekolah, jabatan pendidikan dan seterusnya seluruh sistem pendidikan negara.

    (e)  Perpustakaan berkomputer.

    (f)  Penukaran konsep pendidikan dari yang lama kepada kebolehan mencari maklumat, menganalisis dan menilai sebagai tanda kecerdikan.


    3.         Kesan-kesan negatif.

    (a)  Menyebabkan manusia semakin bergantung kepada alatan -
    hilang upaya dan lekas bosan bila hadapi masalah yang perlukan pemikiran mendalam.

    (b)  Jenayah kolar putih dengan teknologi canggih (komputer)semakin menjadi.

    (c)  Keselamatan negara / syarikat swasta boleh tergugat jika rahsia ketenteraan dan lain-lain yang tersimpan dalam komputer itu terbocor.

    (d)  Komputer digunakan untuk mencipta alat perang canggih yang mempunyai kuasa memusnah yang  besar.
    (e)  Komputer seperti alatan teknologi lain hanya memanfaatkan mereka yang berkebolehan dan berkeupayaan  meluaskan jurang kekayaan dalam masyarakat.

    (f)  Komputer mengambilalih kerja orang ramai - pengangguran.

    (g)  Teknologi komputer menyebabkan sifat invidualistik para generasi muda.


    Soalan :

    1. Negara-negara yang tidak menggunakan komputer akan ketinggalan dalam bidang ekonomi. Sejauh mana anda bersetuju ?

    2. Komputer menjamin kebahagiaan hidup manusia. Bincangkan.

    3. Penciptaan komputer (alat mikroelektronik) sama dengan revolusi perusahaan dalam mewujudkan satu jenis tamadun manusia yang baru. Bincangkan.

    4. "Komputer adalah lambang pemodenan dan kemajuan. Ini kerana komputer memainkan peranan penting dalam pelbagai
    bidang kehidupan seperti ekonomi, pentadbiran, perubatan,
    perindustrian, pendidikan dan lain-lain. Tetapi jika teknologi komputer disalahgunakan, ia akan menimbulkan pelbagai implikasi negatif yang mengancam kehidupan.
    Bincangkan peranan komputer dalam kehidupan manusia pada zaman moden ini

MENGENALI BARAH 
· Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya,sel-sel ini akan membuat pembahagiaan dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
· Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan,ianya akan menghasilkan lebihan tisu.Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) malignan (tumor jenis barah).
· Sel-sel kanser memusnahkan bahagian-bahagian tertentu menyebabkan organ-organ yang terlibat tidak boleh berfungsi atau cacat.
· Kanser boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan seperti pada bahagian otak,tulang,usus dan kulit.


JENIS-JENIS KANSER DAN PUNCA-PUNCANYA
Kanser payudara
· Kanser payudara biasanya berlaku di kalangan wanita.
· Penghidap kanser ini biasanya berumur dalam lingkungan 35-55 tahun,tetapi tidak menyusukan bayi dan mengambil pil perancang.Statistik pada tahun 1986 menunjukan 11 orang daripada 100 000 wanita di Malaysia adalah pengidapnya.

Kanser paru-paru
· Kanser paru-paru disebabkan oleh nikotin,iaitu sejenis bahan yang terdapat di dalam rokok.
· Penghidapnya terdiri daripada orang yang banyak merokok dan orang yang sentiasa mendampingi perokok.
· Kanser ini merupakan salah satu penyakit barah yang sukar diubati.Ini kerana paru-paru merupakan organ yang amat sensetif dan mudah dijangkiti virus atau kuman.

Kanser pangkal rahim
· Kanser ini melibatkan kaum wanita terutama yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
· Barah pangkal rahim sangat bahaya kerana tanda-tandanya hanya dapat dikesan pada peringkat bahaya.Tanda-tanda kanser pangkal rahim ialah darah turun antara hari haid dan kehadiran cecair yang ganjil.
· Statistik menunjukan 90% kes yang dikesan pada peringkat awal dapat diselamatkan.Kes-kes yang terlambat hanya mempunyai peluang 10% untuk diselamatkan.

Kanser kulit
· Kanser yang sukar diubati.
· Ia adalah sejenis kanser yang disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya ultra ungu yang terlalu banyak.Kanser kulit banyak berlaku di kawasan lapisan ozon yang nipis.Sering kali ia dihidap oleh individu yang berkulit cerah.

Kanser otak
· Kanser otak melibatkan ketumbuhan atau tumor pada bahagian otak.Kerap kali mengalami sakit kepala yang teruk merupakan salah satu tanda-tanda kanser otak.

Kanser jenis lain
· Termasuk kanser mulut,kanser lidah,kanser usus,kanser perut dan bahagian organ dalaman yang lain.


Antara punca-punca lain yang telah dikenal pasti
1. Amalan makanan dan pemakanan seseorang.
· Makanan yang mempunyai kandingan lemak yang tinggi berupaya menyebabkan kanser payudara.
· Amaln makanan yang kurang lemak dan menggantikan protein seperti di Jepun mengurangkan kadar penghidap kanser ini.

2. Pencemaran alam setikar.
· Industri yang membebaskan bahan kloroflorokarbon (CFC) menyebabkan lapisan ozon semakin nipis.
· Ozon yang nipis membenarkan lebih banyak sinaran ultraungu sampai ke bumi menyebabkan kejadian kanser kulit.Terutama kepada para peladang dan kelasi kapal.

3. Bahan kimia industri.
· Bahan kimia organic yang bersifat merangsang digunakan dalam industri getah,cetak,kulit,dan cat boleh mengakibatkan kanser pundit kencing.
· Pembangunan industri ini amat perlu untuk membangunkan Negara,tetapi menimbulkan risiko penyakit kanser kepada pekerja-pekerja.

4. Gaya hidup masyarakat .
· Gejala social yang turut berkembang dengan pembangunan sesebuah Negara.
· Perlakuan seks bebas dan pelacuran yang berleluasa boleh menimbilkan kanser pangkal rahim.
· Jangkitan kuman yang berpanjangan pada alat kelamin menyebabkan penyakit kanser.

5. Faktor kerjaya dan usia seseorang.
· Wanita zaman moden mengutamakan kerjaya dan berkahwin lewat.
· Wanita yang tidak mempunyai anak atau mendapat anak pertama lewat umur 30-an mempunyai risiko yang tinggi mengidap penyakit kanser buah dada dan serviks.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ATAU MENGURANGKAN KEBARANGKALIAN MENDAPAT KANSER
Amalan pemakanan yang sihat
· Usaha pencegahan penyakit kanser amalan pemakanan yang sihat adalah perlu.Ini kerana amalan pemakanan yang baik perlu untuk kesihatan,menjamin fungsi dan perkembangan normal organ-organ atau sel badan serta untuk pertumbuhan dan penjagaan badan.
· Amalan memakan makanan yang terlalu banyak lemak dan kolestrol perlu dielakkan.Amalan mengambil diet yang mengandungi lemak yang tinggi meningkatkan risiko serangan kanser.

Amalan budaya yang sihat
· Biasakan diri dengan gaya hidup yang lebih baik dan meniggalkan atau menjauhi diri daripada gaya hidup yang tidak baik.
· Kesedaran kepada perlunya budaya hidup seunpama ini adalah amat nyata,tambahan pula dengan adanya bukti-bukti saintifik yang menunjukan adanya kaitan negative antara tabiat kehidupan manusia dan kejadian penyakit.
· Budaya hidup atau amalan hidup yang negative seperti hubungan seks rambang atau seks bebas umpamanya akan mengakibatkan kanser-kanser organ seks.
· Menjauhkan diri daripada amalan merokok,hubungan seks luar nikah,mengamalkan pemakanan yang salah dan tidak sistematik,gemar berjemur di panas matahari atau sebarang amalan hidup yang boleh mendedahkan diri kepada risiko penyakit kanser.

Peranan kerajaan dan media massa
· Pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan perlu memberi pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk pengetahuan mengenai penyakit kanser.
· Penampalan poster mengenai maklumat pencegahan penyakit secara meluas,pameran,seminar atau siri-siri cferamah.
· Peranan media massa iaitu dengan cara penyediaan ruangan khas mengenai kesihatan.
· Memperkenalkan prosedur-prosedur tertentu bagi mengelakan pengusahaan industri membuang bahan-bahan cemar sewenang-wenangnya.

Kesedaran kesihatan individu
· Patut menjalankan pemeriksaan kesihatan diri dari semasa ke semasa untuk memastikan tarf kesihatan stabil.
· Setiap individu perlu peka dengan taraf kesihatan.Apabila berlaku gangguan taraf kesihatan individu,segeralah dapatkan nasihat doktor.
· Kerap kali,ujian-ujian seperti mammogram sarankan untuk mengesan barah payudara,ujian ultra-sound dan pap-smear untuk kanser serviks,ujian darah untuk leukemia,ujian lambau dan ujian-ujian lain yang ada kaitan dengan penyakit kanser.

Rawatan-rawatan perubatan moden
· Diubati melalui pembedahan terutama kanser jenis ketumbuhan.Bahagian itu terpaksa dibuang dengan memotongnya semasa pembedahan.
· Terdapat juga cara pengubatan yang menggunakan pancaran yang menggunakan laser untuk membunuh sel-sel kanser terutama bagi sel-sel kanser yang boleh merebak agak luas kerana pembedahan tidak boleh dilakukan untuk membuang organ yang terlibat seperti hati,kerongkong dan lidah.
· Dalam sesetengah kes,kedua-dua pembedahan dan pancaran laser dikenakan pada bahagian-bahagian yang terlibat.
· Beberapa jenis terapi seperti kemoterapi,terapi hormon dan terapi radar digunakan sebagai cara rawatan,tetapi dilakukan secara berasingan bergantung kepada keadaan sesuatu kes kanser.
· Hasil kajian telah menghasilkan sejenis dadah yang boleh membunuh beberapa jenis sel kanser.Dadah ini lebih berkesan daripada rawatan kemoterapi.
· Alat pengesan kanser seperti mesin seperti mesin scan,CAT dan MRI (Magnetic Resonanse Imaging)banyak membantu dalam usaha memberi rawatan yang lebih tepat dan berkesan.
· Ahli sains dan pakar kanser kini giat menjalankan penyelidikan tenteang asal molekul dan pertumbuhan serta perebakan kanser.Penemuan yang barutentulah dapat membantu menangani penyakit kanser.


    1 ulasan: