Ruai Pengajian AM (Kertas 2).

Pengajian AM 900/2.

Kenapa ada di antara pelajar tidak cukup masa menjawab Pengajian Am terutamanya Kertas 2. Bagi cikgu ada beberapa perkara pelajar perlu beri perhatian iaitu:
  1. Pelajar tidak merancang masa menjawab soalan. Oleh itu pelajar tidak cukuo masa untuk menjawab soalan lain.
-Cadangan cikgu pelajar rancang masa dengan sebaiknya. Cuba latih semasa membuat latihan atau ulangkaji dengan peruntukan masa yang betul. Disini cikgu cadangkan masa yang harus pelajar peruntukan.
-BAHAGIAN A - 25 MARKAH - 35 MINIT
-BAHAGIAN B - 25 MARKAH - 35 MINIT
-BAHAGIAN C - 20 MARKAH - 20 MINIT
-BAHAGIAN D - 15 MARKAH - 50 MINIT
-BAHAGIAN E - 15 MARKAH - 40 MINIT
2. Sebab yang kedua adalah pelajar lebih suka menjawab Bahagian D dahulu berbanding bahagian lain.
-Cadangan cikgu pelajar haruslah mengetahui pembahagian markah dengan lebih jelas. Bahagian D Cuma 15 markah tetapi masa yang diperlukan agak lama. Bagi sesetengah pelajar yang kurang berminat bermain dengan angka, bahagian D ini melambatkan kerja mereka. Oleh itu beri tumpuan mengikut susunan Bahagian.
3. Faktor yang ketiga adalah diri pelajar itu sendiri yang tidak berusaha untuk menyiapkan ujian dengan cepat. Maksudnya pelajar kena melatih diri menulis dan berfikir dengan cepat. Ini penting, kerana jika ada baki masa pelajar boleh gunakan untuk menyemak dan membuat pembetulan ujian anda.

STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN A dan B
Strategi menjawab ini diadaptasi daripada salah seorang GURU CEMERLANG Pengajian Am di Bahagian Kuching Sarawak dan strategi ini dinamakan RUMUS ICU.Calon Tingkatan 6 atau Pra-U hendaklah seorang calon yang matang dari segi pengolahan idea dan juga huraian. Setiap idea dan huraian menunjukkan kematangan yang tinggi dan boleh membuat hubung kait diantara idea dan huraian. Oleh itu RMUS ICU diperkenalkan oleh beliau.
RUMUS ICU
I
IDEA UTAMA
Permulaan perenggan calon hendaklah menyatakan idea utama. Oleh kerana di dalam Pengajian Am jumlah perkataan sekitar 250-300 patah perkataan maka wajar pelajar menggunakan sepenuhnya jumlah perkataan.Idea Utama hendaklah matang dan jelas. Perancangan/membuat rangka penting agar idea utama ini tidak berulang semula dalam idea-idea yang lain.
ISI LANJUTAN.
Isi lanjutan hendaklah menyokong idea utama. Ia merupakan kesinambungan idea utama. Memadai dinyatakan dalam satu ayat sahaja .
C
CONTOH
Ayat yang seterusnya pelajar dapat memberi CONTOH yang sesuai dengan idea yang dinyatakan. Contoh tersebut tidak semestinya bermula dengan perkataan contohnya…..Jika perkataan ini digunakan di setiap huraian idea akan menjejaskan penulisan pelajar. Contoh yang dinyatakan ini menjadi sokongan tambahan yang kuat dan kukuh bagi penerangan pelajar. Ini juga menunjukkan tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar yang tinggi.
U
ULASAN
Ayat terakhir dalam perenggan huraian idea adalah pelajar dapat membuat ulasan terhadap idea dinyatakan. Ulasan ini boleh dalam bentuk cadangan, pendapat atau huraian lanjutan terhadap isu dikemukakan.
Dengan RUMUS ICU ini pelajar mampu menghasilkan karangan yang baik. Di mana dalam setiap perenggan pelajar dapat mengemukakan sekurang-kurangnya 5-6 ayat. Selain itu karangan pelajar juga akan mantap.
Contoh penggunaan RUMUS ICU.
Soalan STPM 2007 (Bahagian A-Esei Laras Sastera)
Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan.

Kesan negatif – 1. Menjadi punca pelbagai masalah sosial.
RumusIdea/Huraian
Catatan
I
Idea Utama
Idea Lanjutan
Salah satu kesan negatif projek perumahan terbengkalai adalah menimbulkan pelbagai masalah sosial.Ramai pihak akan mengambil kesempatan jika kawasan perumahan dibiarkan terbiar.
C
Contoh
Masalah-masalah sosial seperti penagihan dadah, seks rambang dan juga jenayah kecurian akan berlaku di kawasan ini.
U
Ulasan
Akibatnya, gejala ini akan merosakkan sistem sosial masyarakat setempat jika tidak diatasi.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Bahagian C terdiri daripada Soalan 5 dan Soalan 6.
Soalan 5 merupakan petikan kefahaman laras sastera dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu 5(a) dan 5(b). Pelajar hendaklah menjawab salah satu soalan sahaja.

Soalan 6 merupakan petikan kefahaman laras sains dan juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu 6(a) dan 6(b). Pelajar hendaklah menjawab salah satu sahaja.

Ini bermakna untuk bahagian C pelajar perlu menjawab
SATU SOALAN 5(a) ATAU 5(b) DAN
SATU SOALAN 6(a) ATAU 6(b).

Di sini ada beberapa panduan untuk pelajar menjawab Bahagian C (Petikan).
1. Baca seluruh soalan dalam Bahagian ini dan kenal pasti soalan yang para pelajar dapat menjawab dengan sangat baik. Kegagalan mengenal pasti soalan yang anda yakini akan menjejaskan tumpuan para pelajar.
Contohnya tanpa membaca soalan lain dalam bahagian ini pelajar terus menjawab, katakan soalan 5(a). Apabila selepas menjawab dan kemudian membaca pula soalan 5(b), pelajar dapati dapat memberikan idea dan huraian yang lebih baik. Ini akan menjejaskan tumpuan para pelajar. Oleh itu sila berhati hati.
2. Setiap soalan terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii.

(a) Roman i (2 Markah)
Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja.(mencukupi dengan jumlah markah diperuntukkan).
Jawapan hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai yang mempunyai maksud yang sama/seakan sama dengan perkataan asal untuk menyampaikan dan menyambung frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan dengan tepat.

MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI MARKAH.

(b). Roman ii (8 Markah)
Aspek pemarkahan:
Idea(2 idea) - 2 Markah
Huraian - 4 Markah
Bahasa - 2 markah
Petikan Laras Sastera
  1. Sains Sosial
  2. Kemanusiaan
Laras Sains
  1. Sains Tulen
  2. Sains Gunaan
  3. Perubatan dan Kesihatan
Panduan Menjawab
  1. Baca soalan dan kenal pasti dengan tepat maksud teks dan kehendak soalan.
  2. Soalan No.5 petikan laras sastera mengandungi soalan (a) dan (b).
  3. Soalan No. 6 petikan laras sains dan teknologi mengandungi soalan (a) dan (b)
  4. Anda hanya perlu memilih satu soalan daripada setiap laras. Menjawab lebih soalan akan mengurangkan masa anda untuk menjawab soalan yang lain.
  5. Pilih petikan yang anda fahami dengan mendalam
  6. Setiap petikan mengandungi dua pecahan soalan iaitu (i) dan (ii)
  7. Bagi soalan (i) anda hanya perlu menjawab dengan sebaris ayat sahaja. Ayat pertama sahaja yang akan diperiksa.
  8. Bagi soalan (ii) anda perlu menjawab tidak melebihi 50 patah perkataan. Jawapan yang lebih tidak akan diperiksa oleh pemeriksa.
  9. Isi penting mestilah ditullis dahulu dan kemudian berikan huraian ringkas
  10. Pastikan penggunaan bahasa anda jelas dan gramatis
  11. Dari segi pemerengganan, soalan (i) tulis dalam satu ayat sahaja. Soalan (ii) mencukupi dengan satu perenggan yang ringkas, padat dan tepat.
  12. Dari segi jawapan, sama ada anda perlu memberi pendapat atau berasaskan kandungan teks. Ini bergantung pada kehendak soalan. Oleh itu, anda perlu meneliti dan memahani kehendak soalan sebelum menjawabnya.
BAHAGIAN D
*Jawab satu soalan drpd 2.
*sediakan media yg sesuai
*Bentuk-bentuk grafik :
1. Graf bar (kompaun / komponen)
2. Graf garis (kompaun / komponen)
3. Graf gabungan bar dengan garis
4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)
5. Carta Pai (tunggal, berbanding atau silinder)
6. Graf bar memesong atau imbangan

BENTUK / JENIS SOALAN
1) JELAS
*mudah tentukan media
*pelajar tidak perlu memikirkan jenis media
*memberi kelebihan kepada pelajar untuk menjawab dengan cepat
Contoh soalan :
a. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004.
Media : graf garis komponen

b. Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.
Media : carta pai perbandingan

c. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan satu graf garis yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport setiap barangan pembuatan dari tahun 1999 hingga 2003.
Media : graf garis kompaun

2)KABUR
*sukar untuk menentukan jenis media
*pelajar perlu meneliti data dalam petikan
*pelajar perlu berhati-hati (salah media - 1/15 markah)
Contoh soalan:
a. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun yang dinyatakannya.
Media: graf garis kompaun

b. Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Media : Graf piramid kompaun

c. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Media : Graf gabungan (bar kompaun)
MAKLUMAT DALAM SOALAN
1. MEDIA (JELAS / KABUR)
2. ISU (CTH : KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI)
3. TEMPAT (MALAYSIA, PERAK)
4. TEMPOH (TAHUN)
5. TUJUAN

TAJUK MEDIA
*Tedapat 3 perkara penting dalam tajuk :
1. Tempat (Malaysia, Perak)
2. Perkara (guna tenaga dalam sektor)
3. Tempoh (tahun, penggal)
*sekiranya 1 daripada 3 perkara ini salah markah akan dipotong.
Contoh soalan:
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Tempat : Malaysia
Perkara : kuantiti pengeluaran, eksport dan import serta harga petroleum mentah.
Tempoh : tahun 2001 hingga 2006


gabungkan untuk dapatkan tajuk!
Tajuk :
Malaysia : Kuantiti Pengeluaran, Eksport dan Import serta Harga Petroleum Mentah dari Tahun 2001 hingga 2006.
*tajuk ditulis dalam bentuk Title Case! maksudnya hanya huruf pertama huruf besar kecuali untuk kata sendi.
*ditulis di atas dan tengah kertas graf.


NILAI ATAU ANGKA DALAM MEDIA
CARTA PAI
*mesti dalam nilai %
*boleh ditulis di dalam atau di luar sektor
*tulis angka dengan jelas
*simbol angka mesti ditulis dengan jelas selepas angka
*elakkan menulis angka mutlak di dalam sektor

MAKLUMAT PENTING DALAM CARTA PAI
*TAJUK
*TEMPOH
*PERATUS DALAM SETIAP SEKTOR
*JUMLAH BESAR
*NISBAH JEJARI
*PETUNJUK
*SUMBER

MAKLUMAT PENTING DALAM GRAF
*TAJUK
*LABEL PERKARA / UNIT PAKSI
*TITIK ORIGIN "SUDUT PAKSI '0' "
*SKALA
*PETUNJUK
*SUMBER
PANDUAN MENENTUKAN MEDIA

1. GRAF BAR PIRAMID
*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara   
   terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan
2. negara-negara

2. GRAF BAR GABUNGAN
*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah





TEKNIK MENJAWAB SOALAN

1. Mengenal pasti kehendak soalan
Para calon harus membaca tajuk dengan teliti. Ini kerana tajuk berkenaan akan
menerangkan tujuan petikan dan jenis media yang dikehendaki soalan. Berdasarkan petikan diberikan graf yang sesuai adalah graf garisan komponen. Ini adalah kerana terdapatnya perkataan jumlah dan amaun.

2. Pemahaman Soalan
Keseluruhan petikan dibaca bagi mendapatkan gambaran keseluruhan dan kenal pasti
tujuan petikan tersebut. Para calon hendaklah kenal pasti pemboleh ubah pemboleh
ubah yang terlibat dengan menandakan atau menggaris tiap-tiap pemboleh ubah tersebut.

3. Membuat penganalisaan
Setelah butiran dikenal pasti dikaitkan dengan pemboleh ubah yang diberi, kiraan perlu dibuat bagi mendapatkan nilai peratusan ,bezaan nilai mutlak atau peratusan dan jumlah yang diberikan di dalam petikan.

- sekiranya petikan menyatakan " bertambah sebanyak" (diberikan dalam nilai mutlak atau peratusan) ini bermakna bezaan data bagi dua tahun yang dibandingkan, iaitu dari tahun sebelum dengan tahun berikutnya.

- Jika dua sektor dibuat perbandingan, para calon boleh mendapatkan nilai mutlak pada tahun berikutnya dengan menambahkan bezaan tadi dengan nilai yang diberikan sebelumnya.

- Jika kenyataan " berkurang sebanyak" maka nilai bezaan ditolak daripada nilai yang diberi pada tahun sebelumnya.

- Seandainya kenyataan " bertambah, berkurang kepada atau menjadi" pada sesuatu tahun, maka nilai tersebut diambil untuk tahun berkenaan.

- Jika data tidak diketahui pada sesuatu pemboleh ubah tetapi berdasarkan kepada jumlah yang diberi, calon-calon boleh menolakkan jumlah bagi semua nilai pembolehubah yang diketahui daripada jumlah keseluruhannya bagi sesuatu pemboleh ubah yang berkenaan.

4.Penentuan Media.
Calon-calon tidak boleh membuat media yang berlainan daripada yang dikehendaki oleh soalan. Calon-calon boleh menentukan media yang difikirkan paling sesuai dengan data atau maklumat yang terkandung di dalam petikan.

5. Membina media.
Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur yang sesuai. Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai.

Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen
  • Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.
  • Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang sama.
  • Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan.
  • Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.
  • Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang berlapis.
  • Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza. Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk menampakkan kejelasan media yang dibina.
  • Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina.
Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada di dalam media. Antaranya :
1. Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )
2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang
    betul.
3. Perlu ada skala .
4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.
5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian
    kanan dan bawah media..
PANDUAN MENENTUKAN MEDIA

1. GRAF BAR PIRAMID
*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan
2. negara-negara

2. GRAF BAR GABUNGAN
*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah

Tips pemilihan media:



GRAF GARIS SAMA SAHAJA
graf garis.perbandingan atau kompaun- pola,perubahan , aliran turun naik, petunjuk,indeks, trend petunjuk

GRAF BAR ADA 2 : GRAF BAR KOMPAUN GRAF BAR KOMPENEN
kata kunci graf bar kompaun - bilangan, kuantiti, kebiasannya nilai, pengeluaran peratus @ kadar, graf bar komponen - kumulatif @ jumlah
Baiklah kita teruskan dengan prosedur penghasilan media yang sistematik

Membina media.
1. Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur yang sesuai. Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai.

Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen
  • Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.
  • Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang sama.
  • Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan.
  • Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.
  • Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang berlapis.
  • Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza.
  • Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk menampakkan kejelasan media yang dibina.
  • Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina.
Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada di dalam media. Antaranya :
1.Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )
2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul.
3. Perlu ada skala .
4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.
5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan dan bawah media..
Sekiranya soalan yang dikemukan tidak menunjukkan dengan jelas apa graf yang sesuai seperti berikut, pelajar harus beri perhatian kepada key words

KABUR
*sukar untuk menentukan jenis media
*pelajar perlu meneliti data dalam petikan
*pelajar perlu berhati-hati (salah media - 1/15 markah)

Contoh soalan1 :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun yang dinyatakannya.
Media: graf garis kompaun-----perubahan kadar---graf garis

Contoh soalan 2
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Media : Graf piramid kompaun

Contoh soalan 3
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Media : Graf gabungan (bar kompaun)
Tahukah anda, graf garis kompaun adalah seperti graf bar kompaun, iaitu untuk memaparkan maklumat bilangan untuk beberapa tahun. Banyak garis berwarna dilukis untuk mewakili sektor-sektor yang terdapat dalam soalan ( bilangan)

Padahal, graf garis komponen adalah seperti graf bar komponen untuk menunjukkan jumlah, graf garis ini unik
(a) dua paksi y
(b) mula garis dari paksi y sebelah kiri dan bercantum dengan paksi y disebelah kanan.
(c) harus dilorekkan atau warnakan kawasan antara graf-graf garis tersebut
(d) jadual mesti menunjukkan nilai tambah antara tahun sehingga jumlah maksimum dicapai

Sekiranya ada persoalan boleh kemukakan disini
Bentuk-bentuk grafik yang popular dalam peperiksaan :
1. Graf bar (kompaun / komponen)
2. Graf garis (kompaun / komponen)
3. Graf gabungan bar dengan garis
4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)
5. Carta pai (tunggal, berbanding atau silinder)
6. Graf bar memesong atau imbangan

BENTUK / JENIS SOALAN
1) JELAS*mudah tentukan media*pelajar tidak perlu memikirkan jenis media*memberi kelebihan kepada pelajar untuk menjawab dengan cepat

Contoh soalan 1 :
Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004.
Media : graf garis komponen

Contoh Soalan 2:
Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.
Media : carta pai perbandingan
Ada di antara kamu masih keliru bagaimana hendak menulis tajuk graf dengan tepat. Baiklah, saya akan paparkan beberapa contoh penulisan tajuk yang betul. INGAT..TAJUK YANG SALAH---HILANG 6 M... JADI SALIN TAJUK DARI SOALAN DENGAN BETUL Panduan umum : Tajuk di tulis dengan title sentence- maksudnya---huruf besar perkataan pertama kecuali kata hubung dan kata sendi



CONTOH:

1. Perbezaan Peruntukan Perbelanjaan Sektor Ekonomi Kerajaan Peruntukkan
 antaraRancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malaysia Ketujuh.
2. Permodalan Pasaran Syarikat-syarikat
 yang Dipilih dalam Pasaran Saham Kuala Lumpur.
3. Bilangan Pengguna Air Mengikut Negeri
 pada Tahun-tahun 1990,1993, dan 1995 antaraBandar dengan Luar Bandar di Malaysia.
4. Perubahan Bilangan Kes Kebakaran Mengikut Punca
 dari Tahun 1996 hingga Tahun 2002.
5. Peratusan Perubahan Kekosongan Jawatan Baru
 di Malaysia bagi Tempoh Januari hinggaJulai 1998 dan Januari hingga Julai 1999.

Saya telah highlight semua perkataan yang harus ditulis dengan
 huruf kecil dalam warna biru. Jika ada lagi perkataan yang memerlukan penerangan/penjelasan, sila pos supaya saya dapat memberi bimbingan.

Sebenarnya jika salah huruf dalam tajuk, hanya tolak markah teknik (1m),sahaja. Tetapi jika ada kesalahan dalam tajuk,iaitu dari segi perkara, tempoh atau tempat...barulah markah maksimum yang ditentukan ialah 6m.Buat masa ini tiada peraturan dari MPM tentang title sentence...harap-harap tajuk CAPS LOCK ( semua huruf besar) boleh diterima
Hari Jumaat 14 Ogos 2009, anda akan pelajari Graf Bar. Graf bar digunakan untuk menunjukkan data statistik dengan lebih jelas dan mudah. Graf bar sesuai digunakan untuk membuat perbandingan atau melihat perubahan sesuatu pembolehubah dalam sesuatu tempoh masa dengan jelas.

Kuliah yang akan cikgu beri berkaitan dengan Graf Bar dan terdapat 4 jenis graf bar yang perlu anda kuasai. iaitu:
a) Graf bar kompaun / histogram
b) Graf bar komponen
c) Graf bar memesong / cermin
d) Graf bar piramid

1.
Carta Pai Bertingkat

Contoh Item:
Komponen barangan eksport dan negara pengimport
Carta Pai yang sesuai ialah Carta Pai Bertingkat
Rasional: 2 item yang berbeza iaitu barangan dan negara
2.
 Carta Pai Berbanding / 2 buah pai berasingan

Contoh Item:
Perbandingan item yang sama bagi barangan sama ada import, eksport atau pengeluaran yang mempunyai perbezaan
• tahun, cth. Tahun 2000 dan 2005(anggaran) atau
• negara, cth. Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak atau
• tempoh tertentu contoh Rancangan Malaysia Ke 5 dan Rancangan Malaysia Ke 6

* ingatan :
Jumlah keseluruhan bagi setiap pai perlu dibubuh dan disemak sebelum menghantar jawapan. Kecuaian yang sedikit menjejaskan keseluruhan markah graf anda
 
3.
Graf Bar Piramid

Contoh Item:
a. kadar kemiskinan
b. etnik
c. luar bandar dan bandar
d. tahun
ATAU
a. bandar dan luar bandar
b. jantina
c. etnik
d. ijazah/diploma
• graf yang sesuai ialah graf bar piramid

Rasional: sekurang-kurangnya 4 item, Jika 3 butiran- graf bar biasa
 
4.
Graf Bar/Garis Komponen

Petunjuk yang digunakan – ada perkataan
• Komponen
• Jumlah
Sekiranya tidak ada ada – graf bar kompaun
 
5.
Graf Garis kompaun

Sekiranya soalan tidak menyatakan jenis graf tetapi
  ada perkataan pola atau
  ada perkataan menunjukkan aliran
medium yang sesuai ialah graf garis kompaun
6.
Graf Bar Gabungan

Contoh Item:
a. Kuantiti – unit tan metrik
b. harga/pendapatan – unit RM
ATAU
a. bilangan kenderaan – unit buah
b. pungutan tol – unit RM

• pastikan graf bar Kompaun atau komponen dan bergabung dengan
• graf garis kompaun atau komponen (rujuk petunjuk bagi menentukan medium)

Rasional: 2 unit yang berbeza tidak boleh berada pada satu paksi yang sama
 
7.
Graf Bar Imbangan

Sekiranya soalan memerlukan pengiraan perubahan peratus
Rasional: kemungkinan jawapan bagi nilai perubahan yang dikira adalah dalam bentuk negatif dan positif

NOTA: selain daripada yang di atas ia mungkin graf bar kompaun atau graf garis kompaun bergantung kepada Kehendak Soalan. Oleh itu berhati-hati semasa menentukan jenis medium yang dikhendaki oleh soalan.

CONTOH 1_Pola Perubahan + alasan bersama

Berdasarkan jadual di bawah, nyatakan perubahan kekosongan jawatan mengikut sektor di Malaysia pada tahun 2002 hingga 2004, jelaskan mengapa wujud keadaan sedemikian.

Malaysia: Kekosongan Jawatan Mengikut Sektor Tahun 2002 hingga 2004

Sektor
2002
2003
2004
Jumlah
Peratusan
Jumlah
Peratusan
Jumlah
Peratusan
Pertanian, perhutanan dan perikanan
43805
27.77
29048
31.69
1373
2.28
Perlombongan
321
0.20
121
0.13
47
0.08
Perkilangan
75655
47.96
34977
38.16
17769
29.47
Pembinaan
19001
12.05
3505
3.82
13818
22.92
Perkhidmatan
18954
12.02
24005
26.19
27287
45.26
Jumlah kekosongan
157736
100.00
91656
100.00
60294
100.00

 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan
Jabatan Tenaga Rakyat, 2004)

CONTOH JAWAPAN: Pola Perubahan + Alasan bersama

Pendahuluan :
Jadual tersebut menunjukkan tentang __________________________
__________________________________________________________________________________________________________________________

Isi 1:

Jumlah keseluruhan kekosongan jawatan adalah menunjukkan penurunan secara berterusan antara tahun 2002 hingga 2004. (Ayat isi) Pada tahun 2002 sebanyak 157736 kekosongan jawatan dan terus menurun pada tahun 2004 menjadi 60294 kekosongan jawatan. Penurunan ini adalah sebanyak 97442 kekosongan atau 61.78%. Penurunan dalam kekosongan jawatan ini disebabkan perkembangan ekonomi dunia yang perlahan dan kekosongan jawatan ini telah disis oleh graduan yang baru keluar dari pusat pengajian tinggi. (alasan bersama)

Isi 2:
Pola yang meningkat berterusan yang ditunjukkan dalam jadual ini adalah sektor perkhidmatan. (Ayat isi) Sektor perkhidmatan mempunyai kekosongan jawatan sebanyak 18954 kekosongan pada tahun 2002 dan meningkat menjadi 27287 kekosongan pada tahun 2004.  Peningkatan ini adalah sebanyak 8333 kekosongan atau dari segi peratusannya telah meningkat sebanyak 43.96%. Peningkatan kekosongan dalam sektor perkhidmatan adalah disebabkan oleh kerajaan menambah bilangan pekerja untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. (Alasan bersama)

Isi 3:

          Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan, perlombongan dan perkilangan menunjukkan penurunan yang berterusan. (ayat isi) Kekosongan jawatan bagi sektor perkilangan pada tahun 2002 iaitu sebanyak 75655 jawatan dan telah menurun kepada 17769 jawatan pada tahun 2004. Penurunan ini adalah sebanyak 57886 jawatan atau 76.51%. Sebab penurunan dalam sektor perkilangan ialah banyak kilang menutup operasinya dan dipindahkan ke negara lain seperti Vietnam dan Laos yang mempunyai kos tenaga buruh yang rendah. (alasan bersama)

Isi 4:

Sektor yang menunjukkan pola tidak konsisten ialah sektor pembinaan. (ayat isi) Sektor pembinaan mempunyai 19001 kekosongan jawatan pada tahun 2002 dan menurun kepada 3505 kekosongan jawatan pada tahun 2003. Penurunan sebanyak 15496 jawatan atau 81.55%. Pada tahun 2004, kekosongan jawatan bagi sektor ini meningkat semula kepada 13818 jawatan. Peningkatan sebanyak 10313 jawatan atau 294.24% berbanding pada tahun 2003. Perubahan yang besar ini disebabkan oleh pada tahun 2003, kekosongan jawatan telah diisi oleh warga asing yang datang kembali ke negara ini selepas program pemutinan.  Pada tahun 2004 pula, peningkatan yang besar berlaku kerana banyak projek perumahan telah dibina dan memerlukan banyak tenaga kerja dalam sektor pembinaan. (alasan bersama)

Penutup:

(Membuat kesimpulan atau rumusan yang berkaitan dengan soalan yang dikemukan)







CONTOH 2: Pola perbandingan + alasan berasingan

Berdasarkan jadual di bawah, jelaskan keadaan kebakaran yang berlaku pada tahun 2002 hingga 2004. Pada pandangan anda, mengapakah kes kebakaran meningkat setiap tahun?

Punca Kebakaran Di Malaysia antara Tahun 2002 hingga 2004

Punca Kebakaran
2002
2003
2004
Kes
Peratusan
Kes
Peratusan
Kes
Peratusan
Elektrik
1926
18.5
1051
8.2
619
3.9
Puntung Rokok
2274
21.8
2875
22.5
3037
19.0
Percikan Api
431
4.1
959
7.5
545
3.4
Ubat Nyamuk dan lilin
250
2.4
359
2.8
395
2.5
Dapur gas dan minyak
794
7.6
731
5.7
687
4.3
Sengaja dibakar
3201
30.7
4871
38.2
7965
49.8
Tidak diketahui
1556
14.9
1905
14.9
2751
17.2
Jumlah
10432
100.00
12751
100.00
15999
100.00

 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan
Jabatan Bomba, 2004)

CONTOH JAWAPAN: Pola perbandingan + alasan berasingan

Pendahuluan :
Jadual tersebut menunjukkan tentang __________________________
__________________________________________________________________________________________________________________________

Isi 1:

Jumlah keseluruhan bagi kes kebakaran menunjukkan peningkatan antara tahun 2002 hingga 2004. Pada tahun 2002, kes kebakaran adalah sebanyak 10432 kes dan meningkat sebanyak 5567 kes atau 53.36% pada tahun 2004 menjadi 15999 kes.

Isi 2:

Pada tahun 2002, jumlah kes kebakaran adalah sebanyak 10432 kes. (Ayat Isi) Daripada jumlah itu, bilangan kes kebakaran yang tertinggi ialah kes yang berpunca daripada sengaja dibakar iaitu 3201 kes atau 30.7%. Manakala bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada ubat nyamuk dan lilin menunjukkan bilangan kes yang paling rendah iaitu 250 kes atau 2.4% daripada jumlah keseluruhan. Bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada puntung rokok menunjukkan bilangan kes sederhana iaitu 2274 kes atau 21.8% daripada jumlah keseluruhan.

Isi 3:

Pada tahun 2003, jumlah kes kebakaran adalah sebanyak 12751 kes. (Ayat Isi) Daripada jumlah itu, bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada sengaja dibakar menunjukkan bilangan kes yang paling tinggi  iaitu 4871 kes atau 38.2%. Manakala bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada ubat nyamuk dan lilin menunjukkan bilangan kes yang paling rendah iaitu 359 kes atau 2.8% daripada jumlah keseluruhan. Bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada puntung rokok menunjukkan bilangan kes sederhana iaitu 2875 kes atau 22.5% daripada jumlah keseluruhan.

Isi 4:

Pada tahun 2004, jumlah kes kebakaran adalah sebanyak 15999 kes. (Ayat Isi) Daripada jumlah itu, bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada sengaja dibakar menunjukkan bilangan kes yang paling tinggi  iaitu 7965 kes atau 49.8%. Manakala bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada ubat nyamuk dan lilin menunjukkan bilangan kes yang paling rendah iaitu 395 kes atau 2.5% daripada jumlah keseluruhan. Bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada puntung rokok menunjukkan bilangan kes sederhana iaitu 3037 kes atau 19.0% daripada jumlah keseluruhan.

Isi 5: (alasan berasingan) _ Punca kes kebakaran meningkat setiap tahun

Pada pandangan saya, kes kebakaran meningkat setiap tahun disebabkan oleh sikap kecuaian pengguna. Pengguna yang tidak bertanggungjawab dan membuang puntung rokok di merata tempat dan telah menyebabkan kebakaran berlaku. Selain itu, kurang kesedaran pengguna tentang bahayanya api juga akan mengakibatkan kebakaran berlaku. Pendawaian elektrik yang tidak sempurna oleh sysrikat pendawaian juga merupakan salah satu punca berlakunya peningkatan dalam kes kebakaran di negara kita. Akhir sekali, selalu berlakunya penipuan atau penyelewengan untuk menuntut insuran oleh sesetengah syarikat yang menghadapi masalah kewangan. Ini telah menyebabkan kes kebakaran yang disengajakan semata-mata ingin menuntut pampasan daripada syarikat insuran.

Penutup:
(Membuat kesimpulan atau rumusan yang berkaitan dengan soalan yang dikemukan)
CONTOH 2: Pola perubahan + alasan berasingan

Berdasarkan jadual di bawah, jelaskan keadaan kebakaran yang berlaku pada tahun 2002 hingga 2004. Pada pandangan anda, mengapakah kes kebakaran meningkat setiap tahun?

Punca Kebakaran Di Malaysia antara Tahun 2002 hingga 2004

Punca Kebakaran
2002
2003
2004
Kes
Peratusan
Kes
Peratusan
Kes
Peratusan
Elektrik
1926
18.5
1051
8.2
619
3.9
Puntung Rokok
2274
21.8
2875
22.5
3037
19.0
Percikan Api
431
4.1
959
7.5
545
3.4
Ubat Nyamuk dan lilin
250
2.4
359
2.8
395
2.5
Dapur gas dan minyak
794
7.6
731
5.7
687
4.3
Sengaja dibakar
3201
30.7
4871
38.2
7965
49.8
Tidak diketahui
1556
14.9
1905
14.9
2751
17.2
Jumlah
10432
100.00
12751
100.00
15999
100.00

 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan
Jabatan Bomba, 2004)

CONTOH JAWAPAN: Pola perubahan + alasan berasingan

Pendahuluan :
Jadual tersebut menunjukkan tentang __________________________
__________________________________________________________________________________________________________________________

Isi 1:

Jumlah keseluruhan bagi kes kebakaran menunjukkan pola peningkatan yang berterusan antara tahun 2002 hingga 2004. Pada tahun 2002, kes kebakaran adalah sebanyak 10432 kes dan meningkat kepada 15999 kes pada tahun 2004. Peningkatan kes kebakaran adalah sebanyak 5567 kes atau 53.36% .

Isi 2:

Pola yang meningkat berterusan yang ditunjukkan dalam jadual ini adalah bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada puntung rokok, ubat nyamuk dan lilin, sengaja dibakar dan tidak diketahui. (Ayat isi) Pada tahun 2002, bilangan kes kebakaran berpunca daripada puntung rokok ialah sebanyak 2274 kes dan meningkat kepada 3037 kes pada tahun 2004.  Peningkatan ini adalah sebanyak 763 kes atau 33.55%.

Isi 3:
         
Bilangan kes kebakaran berpunca daripada elektrik dan dapur gas dan minyak menunjukkan pola penurunan yang berterusan. Pada tahun 2002, bilangan kes kebakaran berpunca daripada elektrik ialah 1926 kes menurun menjadi 619 kes pada tahun 2004. Penurunan ini adalah sebanyak 1307 kes atau 67.86%.

Isi 4:
         
Bilangan kes kebakaran berpunca daripada percikan api menunjukkan pola yang tidak konsisten. Pada tahun 2002, bilangan kes kebakaran berpunca daripada percikan api ialah 431 kes meningkat kepada 959 kes pada tahun 2003, iaitu meningkat sebanyak 528 kes atau 122.51%. Manakala pada tahun seterusnya, ia mengalami penurunan sebanyak 414 kes atau 43.17% pada tahun 2004 berbanding dengan tahun 2003.


Isi 5: (alasan berasingan) _ Punca kes kebakaran meningkat setiap tahun

Pada pandangan saya, kes kebakaran meningkat setiap tahun disebabkan oleh sikap kecuaian pengguna. Pengguna yang tidak bertanggungjawab dan membuang puntung rokok di merata tempat dan telah menyebabkan kebakaran berlaku. Selain itu, kurang kesedaran pengguna tentang bahayanya api juga akan mengakibatkan kebakaran berlaku. Pendawaian elektrik yang tidak sempurna oleh sysrikat pendawaian juga merupakan salah satu punca berlakunya peningkatan dalam kes kebakaran di negara kita. Akhir sekali, selalu berlakunya penipuan atau penyelewengan untuk menuntut insuran oleh sesetengah syarikat yang menghadapi masalah kewangan. Ini telah menyebabkan kes kebakaran yang disengajakan semata-mata ingin menuntut pampasan daripada syarikat insuran.

Penutup:

(Membuat kesimpulan atau rumusan yang berkaitan dengan soalan yang dikemukan)




CONTOH 3:
Berdasarkan jadual di bawah, nyatakan tentang perbezaan lepasan kursus peringkat ijazah mengikut kursus pada tahun 1991-2000 dan huraikan sejauh mana peluang pekerjaan bagi setiap kursus di pasaran kerja.

LEPASAN KURSUS PERINGKAT IJAZAH, 1991-2000


Kursus

RM ke-6

Bilangan        %
RM ke-7

Bilangan        %
RM ke-8

Bilangan        %
Sastera & Kemanusiaan termasuk Ekonomi, Perniagaan & Undang-undang

49,018        62.0
87,882        58.4
161,102      48.4
Sains termasuk Perubatan, Sains Pertanian, Sains Tulen & lain-lain

19,642        25.0
38,273        25.4
100,967      30.4
Teknikal, Kejuruteraan, Seni Bina, Kaji Ukur & lain-lain

10,508        13.0
24,343        16.2
70,650       21.2
JUMLAH

79,168      100.0
150,498    100.0
322,719    100.0

(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada
 Buletin Perangkaan Sosial, Malaysia
2000 Jabatan Perangkaan Malaysia)


CONTOH JAWAPAN

Pendahuluan :
Jadual tersebut menunjukkan tentang __________________________
__________________________________________________________________________________________________________________________

Isi 1:
Jumlah keseluruhan lepasan kursus peringkat ijazah mengikut kursus pada tahun 1991 hingga 2000  menunjukkan pola meningkat.
Bukti : 79,168 orang (RM ke6),150,498 orang (RM ke7),322,719 orang (RM ke8).
Analisis: Perbezaan nilai mutlak (RM ke 6 dan RM ke 8 = 243,551 orang) atau Peratus = 307.6%


Isi 2:
a.     Kursus yang paling ramai - Sastera dan kemanusiaan
b.     Kursus yang kedua ramai - Sains , perubatan dan lain-lain
c.      kursus yang paling kurang penyertaan - teknikal, kejuruteraan dan lain-lain
Huraian bukti : huraian setiap RM bagi setiap kursus

Isi 3:

Kursus sastera dan kemanusiaan dan lain-lain
- Pola : Nilai mutlak meningkat dan peratusan menurun
Bukti :
i          huraian bukti bagi setiap RM dan peratus perubahan
- perbezaan nilai mutlak RM ke 6 dan Rm ke 8 = 112,084 orang
- peratus perubahan 228.65%
ii       Peluang pekerjaan berkemungkinan agak kurang memandang kerajaan sekarang ini lebih menumpu kepada penghasilan barangan sendiri, oleh itu guna tenaga dalam sektor-sektor tertentu sahaja masih kekal permintaannya seperti penguam, guru dan sebagainya

Isi 4:
Kursus sains, perubatan dan lain-lain
- pola : Nilai mutlak meningkat dan peratusan juga meningkat
Bukti :
i          huraian bukti bagi setiap RM dan peratus perubahan
- perbezaan nilai mutlak RM ke 6 dan Rm ke 8 = 81,325 orang
- peratus perubahan 414%
ii       Peluang pekerjaan adalah cerah kepada penduduk semakin dan ramai terhadap doktor, makanan dan lain-lain juga meningkat

Isi 5:
Kursus teknikal kejuruteraan dan lain-lain
- pola : Nilai mutlak meningkat dan peratusan juga meningkat
Bukti :
i          huraian bukti bagi setiap RM dan peratus perubahan
- perbezaan nilai mutlak RM ke 6 dan Rm ke 8 = 60,142 orang
- peratus perubahan 572.3%
ii       Peluang pekerjaan adalah cerah kepada penduduk semakin dan ramai terhadap doktor, makanan dan lain-lain juga meningkat

Penutup:

(Membuat kesimpulan atau rumusan yang berkaitan dengan soalan yang dikemukan)

2 ulasan:

  1. nak tanya...mcm mna nk kenal sesuatu graf tu bar komponen ke graf gris kompaun ke ape2 lah tips untk kenal graf..hihihi,,ade x cara dye?sy kdng2 confius nk kenal =(

    BalasPadam
  2. Selamat sejahtera, kalau carta pai bertingkat saya tidak mempunyai 10cm dan terkurang apabila melukis graf maka berapakah markah yang akan ditolak?

    BalasPadam