Sudut dari hati ke hati

Sekalung Tahniah:

      Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang lepas.Sesungguhnya usaha keras adik-adik sekalian pada tahun lepas telah membuahkan hasil yang manis pada tahun ini. Bagi mereka yang masih mengcongak kursus-kursus di mana-mana IPT, pilihlah dengan rasional dan dirasakan memenuhi keperluan semasa dan dapat membantu adik-adik di kemudian hari. Teruskan kecemerlangan adik-adik sekalian apabila sudah berada di menara gading kelak.
       Bagi yang kurang berjaya, janganlah berputus asa untuk mencuba sekali lagi atau menceburi bidang lain yang lebih sesuai dengan diri adik-adik. Ramai yang lebih berjaya setelah mencuba dan bangkit semula daripada kegagalan. Tiada ruginya jika kita merenung sejenak tentang apa kita telah lakukan dan cuba untuk memperbaiki dan memajukan diri. Kita harus berfikir bahawa setiap insan mempunyai kelebihan diri sendiri dan mempunyai peluang berjaya dalam sesuatu bidang. Ambillah sedikit masa untuk menerokai kebolehan diri dan cuba untuk sentiasa memajukan diri.  Semoga adik-adik sekalian terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
      

Kita telah memilih laluan ini:

     Setiap insan mempunyai laluan sendiri untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi.  Setiap insan mempunyai  kelebihan dan anugerah yang sangat istimewa daripada yang maha kuasa untuk mengembangkan potensi dalam diri masing-masing, cuma kita tidak menggunakan sepenuhnya keistimewaan tersebut.
      Kita telah memilih laluan ini maka kita seharusnya menggunakan sepenuhnya keistimewaan kita ada untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan rintangan sehinggalah kita mencapai kejayaan. Ramai diantara kita mahukan kecemerlangan tetapi tidak memberi komitmen sepenuhnya berusaha untuk berjaya. Maka jika perkara ini yang berlaku, kita tidak menggunakan lansung keistimewaan yang telah dianugerahkan kepada kita walaupun diri kita cukup sempurna dan kita tidak akan berjaya. Berbanding sesetengah insan walaupun kekurangan dari segi fizikal tetapi menggunakan sepenuhnya keistimewaan dalam dirinya dan seterusnya menghasilkan kejayaan yang cemerlang . Pekara ini cukup jelas terbukti insan istimewa (OKU) contohnya yang menggunakan sepenuhnya keistimewaan yang ada pada dirinya telah mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik.
      Keistimewaan yang ada pada diri kita tidak akan diketahui jika diri kita sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh menerokainya. Tiada pekara yang mustahil untuk kita mencapai kejayaan dan usahlah kita asyik memikirkan kesusahan atau kesukaran. Kita harus rajin berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang dan laluan yang kita ceburi. Tiada kejayaan yang mudah untuk kita perolehi tanpa usaha yang gigih dan kerja yang kuat. Percayalah pada diri sendiri dan mulalah berusaha bersungguh untuk mencapai kejayaan.
       Bagi pelajar Pra Universiti, kita telah memilih laluan ini dan jadikanlah laluan ini satu keistimewaan bagi diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang bagi menjamin langkah lebih jauh lagi. Ayuh adik-adik, jangan buang masa lagi kita gunakan sepenuhnya keistimewaan yang ada pada diri kita dan gunakan laluan  istimewa yang kita pilih ini sebagai satu laluan kecemerlangan dalam diri kita. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang dan kita pasti akan berbangga dengan keputusannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan