Ruai Pengajian AM (Kertas 1).

Pengajian AM 900
Kertas 1 900/1
Kertas 2 900/2

Perkongsian kertas 1:


KETUA NEGARA DAN NEGERI

Jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah jawatan yang diwarisi turun temurun. Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri. Pada peringkat Persekutuan, Ketua Negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sementara ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Pada peringkat negeri pula, ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar juga Yang Dipertua Negeri sementara ketua kerajaan pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.
MAJLIS RAJA-RAJA

Dalam Perlembagaan Persekutuan urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong adalah terletak pada Majlis Raja-Raja. Dalam sistem kerajaan Persekutuan yang terdapat ramai Raja, sebuah Majlis yang dinamakan Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja.


NASIHAT KERAJAAN

Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletakhak pada Parlimen yang kemudiannya meletakhakkan kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.

Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong seperti berikut:
"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya
(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.
(2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.
(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-Raja, atau dipecat dari jawatannya oleh Majlis Raja-Raja dan hendaklah terhenti daripada memegang jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang Raja.
(4) Peruntukan-peruntukan Bahagian 2 dalam Jadual Ketiga hendaklah dipakai bagi memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan".
Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti berikut:
"33. Timbalan Kepala Utama Negara bagi Persekutuan
(1) Maka hendaklah ada seorang Timbalan Kepala Utama Negara bagi Persekutuan (digelarkan Timbalan Yang di-Pertuan Agong) dan ia hendaklah menjalankan tugas-tugas serta mempunyai keistimewaan-keistimewaan Yang di-Pertuan Agong dalam masa berlaku kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong dan dalam masa Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas-tugas jawatannya oleh kerana sakit, tidak ada dalam Persekutuan ataupun oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas-tugas itu dalam masa Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya atau tidak ada dalam Persekutuan selama yang dijangka kurang daripada lima belas hari, melainkan jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa adalah perlu dan mustahak tugas-tugas itu dijalankan.
(2) Timbalan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh-jawatan lima tahun, atau jika dipilih dalam tempoh-jawatannya itu, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terhenti daripada memegang jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang Raja.
(3) Jika dalam tempoh jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, kekosongan berlaku dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong, maka tamatlah tempoh jawatannya apabila kekosongan itu dipenuhi.
(4) Peruntukan-peruntukan Bahagian 2 dalam Jadual Ketiga hendaklah dipakai bagi memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan.
(5) Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan supaya tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh seorang Raja jika tugas-tugas itu terpaksa menurut Fasal (1) dijalankan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak dapat dijalankan demikian itu oleh kerana jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kosong atau tidak ada dalam Persekutuan ataupun oleh kerana apa-apa sebab lain; akan tetapi undang-undang itu tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja".
Menurut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan mestilah ada seorang Ketua Negara Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183). Selepas baginda, Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah menduduki tempat kedua iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong.
Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.
Perkara 32(1) dan 32(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:
"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya.
(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenadakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.
(2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong."
Perkara 182 dan 183 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:
"182. Mahkamah Khas.
(1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.
(2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).
(3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri walau di mana pun kuasa tindakan berbangkit.
(4) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang terletakhak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur.
(5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan dengan prosedur (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah dan undang-undang yang mengawalselia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka amalan dan prosedur yang terpakai dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah bawahan, mana-mana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding dalam Mahkamah Khas.
(6) Prosiding dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.
(7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa kesulitan atau anomali jua pun dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam pelaksanaan apa-apa fungsi, perjalanan apa-apa kuasa, penunaian apa-apa kewajipan, atau pembuatan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh Perkara ini, dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boleh membuat apa-apa pengubahsuaian, adaptasi, penggubahan, pertukaran atau pindaan jua pun kepada mana-mana undang-undang bertulis.
"183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.
Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri."
Walaupun Perlembagaan (Fasal 39) memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong, namun menurut undang-undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh memberikan fungsi eksekutif itu kepada orang lain.
Sungguhpun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan tentang kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong namun lazimnya baginda menerima nasihat dari Kabinet, lebih tepat lagi, Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong berhak dan atas kemahuannya meminta segala maklumat mengenai kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada Kabinet.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang ataupun sesuatu pertubuhan (yang lain dari Kabinet) tetapi dalam pelaksanaan tiga fungsi Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara baginda. Ketiga-tiga fungsi itu ialah: 
  • Melantik seorang Perdana Menteri;
  • Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen;
  • Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.
Pelantikan Perdana Menteri adalah berdasarkan kemampuan calon tersebut mendapat suara terbanyak dalam Parlimen. Pemilihan ahli-ahli Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri adalah atas nasihat Perdana Menteri.
Perlembagaan Persekutuan Perkara 39 dan 40 menyatakan:

"39. Kuasa pemerintah Persekutuan.

Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain".
"40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

(1) Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Perlembagan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.
(1A) Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut iaitu: 
(a)
melantik seorang Perdana Menteri;


(b)
tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen;


(c)
meminta supaya di adakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu,



dan dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan ini.
(3) Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak pada menjalankan tugas-tugas yang lain daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang yang lain daripada Jemaah Menteri: 
(a)
tugas-tugas yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;


(b)
tugas-tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain."
Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Oleh kerana Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian daripada komponen Parlimen, maka baginda mempunyai kuasa-kuasa berikut:
  • Memanggil Parlimen bermesyuarat dari masa ke semasa;
  • Memberhentikan dan membubarkan Parlimen;
  • Boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen dalam kedua-dua Majlis Parlimen bersama; dan
  • Memperkenankan Rang Undang-Undang.
Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan. Di samping itu baginda juga mempunyai kuasa untuk melantik empat puluh orang senator lagi.
Para senator yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ini adalah, pada hemat baginda, terdiri daripada orang-orang yang terkemuka dalam masyarakat dan banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Selain dari tokoh-tokoh yang terkemuka dalam bidang ikhtisas seperti perdagangan dan industri, pertanian, kegiatan kebudayaan dan sosial, tokoh-tokoh yang mewakili kaum minoriti seperti orang asli juga dipilih.
"44. Keanggotaan Parlimen.

Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat".
"45. Keanggotaan Dewan Negara.

(1) Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dipilih dan dilantik seperti berikut: 
(a) dua orang ahli bagi tiap-tiap satu Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh; dan

(aa) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan

(b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
(2) Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ialah orang-orang yang pada pendapatnya telah berbuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat atau yang mewakili kaum-kaum yang kecil bilangannya atau yang mempunyai kebolehan mewakili kepentingan orang asli.
(3) Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan tempoh itu tidaklah tercatat oleh pembubaran Parlimen.

(3a) Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua tempoh sama ada terus-menerus atau selainnya:

Dengan syarat bahawa jika seseorang yang telah pun tamat dua tempoh jawatan atau lebih sebagai ahli Dewan Negara adalah sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Fasal ini seorang ahli Dewan Negara maka ia bolehlah terus berkhidmat sebagai ahli sedemikian itu selama baki tempohnya.
(4) Parlimen boleh dengan undang-undang: 
(a) menambah bilangan ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri hingga tiga orang;

(b) membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri dipilih dengan undi terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu;

(c) mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik".
ang di-Pertuan Agong juga memainkan peranan penting dalam bidang kehakiman. Adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim-hakim Mahkamah Agung, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja. Di samping itu juga baginda boleh melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).
Selain dari itu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimana pun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun. Seorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan cara menulis surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Mengenai penyingkiran hakim pula, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa seorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah disingkirkan atas alasan berkelakuan tidak senonoh, atau ketidakupayaannya menjalankan tugas kerana kesihatan ataupun fikiran terganggu atau lain-lain alasan. Selepas menerima representasi itu Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan, dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya.
Perlu diingatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya. Hanya melalui representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara dan selepas menerima laporan tribunal maka Yang di-Pertuan Agong boleh menyingkirkan seseorang hakim itu dari jawatannya.
Sungguhpun begitu Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima ataupun menolak cadangan–cadangan tribunal dalam menyingkirkan atau mengekalkan hakim itu pada jawatannya.
KEDUDUKAN PERJAWATAN HAKIM-HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN, MAHKAMAH RAYUAN DAN MAHKAMAH TINGGI
Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan

Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan

-

1
Presiden Mahkamah Rayuan
-
1
Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Sabah dan Sarawak
-
2
Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan
-
7

Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan

Presiden Mahkamah Rayuan

-

1
Hakim-hakim Mahkamah Rayuan
-
10

Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi

Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Malaya

-

47
Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
-
10
KUASA BAGI MENGISYTIHARKAN DARURAT

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berpuas hati mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri-negeri dalam keadaan terancam, maka baginda boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat.
Perkara 150 Perlembagaan menyatakan:

"150. Perisytiharan darurat.

(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku dan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah terancam oleh kerananya, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat dengan membuat dalamnya pengumuman yang bermaksud sedemikian.
(2) Perisytiharan Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancamkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraaan awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada kemungkinan yang hampir akan berlakunya kejadian yang mengancamkan itu.
(2a) Kuasa yang diberi kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini hendaklah termasuk kuasa mengeluarkan Perisytiharan-perisytiharan yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Perisytiharan atau Perisytiharan-perisytiharan telah pun dikeluarkan atau tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Perisytiharan atau Perisytiharan-perisytiharan itu ada berkuatkuasa.
(2b) Jika pada bila-bila masa semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen bersidang serentak Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan segera, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan apa-apa ordinan sebagaimana Yang di-Pertuan Agong berpendapat adalah dikehendaki oleh hal-hal keadaan.
(2c) Sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b) hendaklah berkuatkuasa sama seperti Akta Parlimen dan hendaklah terus berkuatkuasa sepenuhnya seolah-olah ianya Akta Parlimen sehingga ianya dibatalkan atau dimansuhkan di bawah Fasal (3) atau sehingga ianya luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan ordinan-ordinan di bawah Fasal (2b) boleh dijalankan berhubungan dengan apa-apa perkara yang Parlimen berkuasa membuat undang-undang mengenainya, tidak kira acara perundingan atau lain-lain acara yang dikehendaki diikuti, atau bahagian dari jumlah undi yang dikehendaki diperolehi, dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.
(3) Perisytiharan Darurat dan apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b) hendaklah dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis itu membatalkan Perisytiharan atau ordinan itu, tetapi dengan tidak menyentuh apa-apa yang dilakukan dahulunya menurut Perisytiharan atau ordinan itu atau dengan tidak menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan suatu Perisytiharan baharu di bawah Fasal (1) atau mengisytiharkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2b).
(4) Semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa kuasa pemerintah Persekutuan adalah, walau apapun peruntukan dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara di dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan adalah termasuk memberi arahan-arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihakberkuasa Negeri itu.
(5) Tertakluk kepada Fasal (6a), semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa, Parlimen boleh, walau apapun peruntukan dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara, jika Parlimen berpendapat bahawa undang-undang itu adalah dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah dipakai bagi suatu Rang Undang-undang untuk suatu undang-undang itu atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-undang itu, dan juga tidaklah dipakai bagi apa-apa peruntukan Perlembagaan ini atau apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa kebenaran atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan mengenai undang-undang itu, atau yang menyekat perjalanan atau kuatkuasa sesuatu undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat sesuatu Rang Undang-undang daripada diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk persetujuannya.
(6) Tertakluk kepada Fasal (6a), tiada apa-apa peruntukan sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah Perkara ini, dan tiada apa-apa peruntukkan sesuatu Akta Parlimen yang diluluskan semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa dan yang menyatakan bahawa undang-undang itu adalah, pada pendapat Parlimen, dikehendaki oleh sebab darurat, boleh terbatal atas alasan bahawa ia adalah berlawanan dengan mana-mana peruntukkan Perlembagaan ini.
(6a) Fasal (5) tidak boleh memperluaskan kuasa Parlimen berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu atau berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai undang-undang atau adat istiadat bumiputera di sesuatu Negeri Borneo; dan juga Fasal (6) tidak boleh mengesahkan mana-mana peruntukan yang berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini berhubung dengan apa-apa perkara itu atau berhubung dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.
(7) Apabila habis tempoh enam bulan dari tarikh Perisytiharan Darurat itu terhenti berkuatkuasa, apa-apa ordinan yang diisytiharkan menurut Perisytiharan itu dan apa-apa undang-undang yang dibuat semasa Perisytiharan itu berkuatkuasa, iaitu setakat mana ianya tidak mungkin dapat dibuat dengan sah jika tidak kerana Perkara ini, hendaklah terhenti berkuatkuasa, kecuali mengenai perkara-perkara yang telah dilakukan atau tidak dilakukan sebelum habis tempoh enam bulan yang tersebut itu.
(8) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini: 
(a) puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2b) adalah terakhir dan muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah atau apa-apa alasan; dan

(b) tiada sesuatu mahkamah pun boleh mempunyai bidangkuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, persoalan atau pembicaraan, dalam apa jua bentuk, atas apa-apa permohonan, persoalan atau pembicaraan, dalam apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai sahnya
(i) Perisytiharan di bawah Fasal (1) atau pengumuman yang dibuat dalam Pengisytiharan itu yang bermaksud sebagaimana dinyatakan dalam Fasal (1);

(ii) kuatkuasa berterusan Perisytiharan itu;

(iii) apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b); atau

(iv) penerusan kuatkuasa mana-mana ordinan itu.
(9) Bagi maksud Perkara ini Majlis-majlis Parlimen hendaklah dianggap sebagai bersidang hanya jika ahli tiap-tiap satu Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu."
KETUA AGAMA ISLAM

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menghendaki Perlembagaan Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Negeri-negeri tersebut. Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta di negeri asalnya. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkenaan. Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak kuasa pelantikan ini telah diturunkan kepada Yang di-Pertua Negeri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 3 dalam Perlembagaan memperuntukan:

"3. Ugama bagi Persekutuan.

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua Ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifat-sifatnya sebagai Ketua Ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya."



  Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi bagi Angkatan Bersenjata Persekutuan, seperti yang diperuntukan dalam Perkara 41 yang berikut:
"41. Perintah tertinggi angkatan tentera.

Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan."
  Kuasa Pengampunan

Yang di-Pertuan Agong juga merupakan sumber pengampunan dan mempunyai kuasa untuk mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan juga bagi semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Hal ini diperuntukkan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
"42. Kuasa bagi mengampun, dsb.

(1) Yang di-Pertuan Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh Mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Gabenor sesuatu Negeri adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan lain yang dilakukan di Negerinya."
(2) Tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menyentuh mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan berhubung dengan remitan hukuman kerana berkelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberi oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh sesuatu mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan, dalam apa-apa hal lain, kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor bagi Negeri di mana kesalahan itu telah dilakukan.
(3) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan kesemuanya atau sebahagiannya di luar Persekutuan atau di beberapa buah Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan waham di mana kesalahan itu telah dilakukan, maka bagi maksud-maksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan di Negeri di mana kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, hendaklah masing-masing dianggap sebagai suatu Negeri.
(4) Kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini:
(a) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, ialah antara tugas-tugas yang peruntukan mengenainya boleh dibuat oleh undang-undang persekutuan di bawah Perkara 40(3);

(b) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor sesuatu Negeri, hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu mengikut Fasal (5).
(5) Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah mengandungi Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu dan tidak lebih daipada tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Raja atau Gabenor; tetapi Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa dengan suratcara mewakilkan tugas-tugasnya sebagai seorang ahli Jemaah itu kepada seseorang lain, dan Raja atau Gabenor boleh melantik seseorang untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak berupaya menjalankan tugasnya.
(6) Ahli-ahli Jemaah Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Gabenor hendaklah dilantik bagi tempoh selama tiga tahun dan boleh dilantik semula, tetapi pada bila-bila masa boleh meletakkan jawatan sebagai ahli jemaah.
(7) Seseorang ahli Dewan Negeri atau ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik oleh Raja atau Gabenor untuk menjadi ahli Jemaah Pengampunan atau untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah.
(8) Jemaah Pengampunan hendaklah bermesyuarat di hadapan Raja atau Gabenor dan Raja atau Gabenor itu hendaklah mengetuai mesyuarat itu.
(9) Sebelum Jemaah Pengampunan memberi nasihatnya mengenai apa-apa perkara ia hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu.
(10) Walau apa pun yang tersebut dalam Perkara ini, kuasa bagi mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal hal ehwal ugama Islam di Negeri atau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.
(11) Bagi maksud Perkara ini, maka hendaklah ditubuhkan hanya satu Jemaah Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan peruntukkan-peruntukkan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah dipakai mutates mutandis bagi Jemaah Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa sebutan mengenai “Raja atau Yang di-Pertua Negeri” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dan sebutan mengenai “Ketua Menteri negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini:
(a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya;

(b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:
(i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka;

(ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu;
(c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.
(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja.
  Hak Keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera Di Sabah dan Sarawak

Salah satu tanggungjawab yang penting oleh Yang di-Pertuan Agong ialah menjaga hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hal ini dijelaskan dalam Fasal 153 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
"153. Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukkan Perkara ini."
  Sumber Penghormatan dan Kebesaran

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan sumber penghormatan dan kebesaran. Baginda mengurniakan anugerah dan penghormatan kepada warganegara dan bukan warganegara serta mengurniakan darjah kebesaran kepada ketua-ketua negara asing dalam istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda.
  Fungsi diplomatik

Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong melantik diplomat-diplomat Malaysia di luar negara dan juga menerima mengadap diplomat-diplomat asing yang ditugaskan di Malaysia sebelum diplomat-diplomat asing itu mula menjalankan tugas mereka. 
  Selain daripada tugas-tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong, baginda juga bercemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara.



erlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk melantik orang-orang tertentu untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan seperti berikut:
Bil
Jawatan
Atas Nasihat
Selepas dirundingkan
Rujukan Perlembagaan
1
Yang di-Pertua Negeri
Perdana Menteri
Majlis Mesyuarat Kerajaan/Kabinet Negeri
Perlembagaan Negeri
2
Peguam Negara
Perdana Menteri
-
145(1)
3
Ketua Audit Negara
Perdana Menteri
Majlis Raja-Raja
105(1)
4
Ketua Turus Angkatan Bersenjata
Majlis Angkatan Tentera
-
137(3)(C)
5
Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya/Sabah dan Sarawak
Perdana Menteri
Majlis Raja-Raja
122(B)(1)
6
Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara
Perdana Menteri
Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
140(4) dan (5)
7
Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi 
Perdana Menteri
Majlis Raja-Raja
122B(1)
8
Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Perdana Menteri
Majlis Raja-Raja
139(4)
9
Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Perdana Menteri
Majlis Raja-Raja
141A(2)
10
Pengerusi dan Ahli–ahli Suruhanjaya Pilihanraya
Perdana Menteri
Majlis Raja-Raja
114(1)
11
Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan dan Timbalan Ketua Jabatan
Perdana Menteri
Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan
144(3) dan (5)


Di samping itu juga baginda mempunyai kuasa melantik jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan Badan-badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah beberapa Akta antaranya:
  • Anti-Corruption Agency Act 1982 (Act 271) – Pelantikan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah.
  • Births and Deaths Registration Act 1957 (Revised 1983) (Act 299) – Pelantikan Ketua Pendaftar Beranak dan Mati dan lain-lain pegawai.
  • Employement Act 1955 (Revised 1981) (Act 165) – Pelantikan Ketua Pengarah Buruh dan lain-lain pegawai.
  • Federal Lands Commissioner Act 1957 (Revised 1988) (Act 349) – Pelantikan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
  • Fisheries Act 1985 (Act 317) – Pelantikan Ketua Pengarah Perikanan.
  • Immigration Act 1959/63 (Revised 1975) (Act 155) – Pelantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Imigresen.
  • Lembaga Urusan dan Tabung Haji Act 1969 (Act 8) – Pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Tabung Haji.
·         Perkara 34 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukan:

"34. Perkara-perkara yang tidak boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
·         (1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya kecuali tugas-tugasnya sebagai Ketua Agama Islam.
·         (2) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya apa-apa saraan.
·         (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa enterprais perniagaan.
·         (4) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis pendapatan yang kena dibayar atau terakru kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negerinya itu atau peruntukan mana-mana Undang-Undang Negeri.
·         (5) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali atas lawatan Negara ke suatu negera lain.
·         (6) Fasal-fasal (2) dan (3) hendaklah juga dipakai bagi Raja Permaisuri Agong.
·         (7) Jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan atau mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh undang-undang menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong selama tempoh lebih daripada lima belas hari maka Fasal (1) hingga (5) hendaklah dipakai baginya selama tempoh itu sebagaimana Fasal-fasal itu dipakai bagi Yang di-Pertuan Agong.
·         (8) Tiada apa-apa jua dalam fasal (1) boleh menahan Yang di-Pertuan Agong daripada menjalankan, sebagai raja bagi negerinya, apa-apa kuasa yang terletak padanya sama ada seorang diri atau bersama-sama dengan pihak berkuasa lain:
·         (a) bagi meminda Perlembagaan Negerinya; atau

(b) bagi melantik seorang Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja sebagai ganti seseorang Pemangku Raja atau ahli, mengikut mana yang berkenaan, yang telah mati atau yang tidak berupaya oleh kerana apa-apa sebab menjalankan kewajipan-kewajipan jawatan Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja."
Sistem Kehakiman Malaysia  
Latar Belakang :  

Sistem Kehakiman Malaysia dalam keseluruhannya di bawah organisasi kerajaan Persekutuan. 

Bidang kuasa serta prosiding :   

Mahkamah Persekutuan 
Bidang kuasa :  Rayuan, nasihat, sedia ada dan rujukan dan tidak meliputi bidang kuasa Mahkamah Syariah. 
Ketua Mahkamah Persekutuan ialah Ketua Hakim Negara. Anggota-anggotanya yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Borneo dan 7 orang hakim-hakim Mahkamah Persekutuan. 

Mahkamah Rayuan 

Bidang kuasa : Rayuan untuk mendengar kedua-dua kes sivil dan jenayah daripada Mahkamah Tinggi. Manakala, dari Mahkamah Sesyen, hanya kes-kes jenayah didengar rayuannya. 
Diketuai oleh seorang Presiden dan dianggotai oleh  10 orang hakim. 

Mahkamah Tinggi 

Bidang kuasa : Rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah  dan bidang kuasa sedia bagi kes-kes jenayah dan sivil. Bidang kuasa yang sedia ada bagi kes-kes jenayah dan sivil adalah tidak terhad di mana kes-kes di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah dibawa di hadapannya. Secara amnya, Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes yang membawa hukuman mati mandatori. 
Mahkamah Tinggi juga mempunyai kuasa untuk membuat kajian semula bagi kes-kes jenayah diputuskan di Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil mendengar kes-kes : 

cerai dan nafkah 
admirality 
kebangkaran dan syarikat 
penjagaan kanak-kanak 
surat kuasa mentadbir dan probet 

Mahkamah Sesyen 
Bidang kuasa : Mendengar dan melupuskan apa-apa kes sivil atau jenayah yang timbul dalam kawasan yang dihadkan bagi bidang kuasanya. Bagi bidang kuasa jenayah, Mahkamah Sesyen boleh mendengar  semua kes selain daripada kes yang membawa hukuman mati mandatori. 
Bagi bidang kuasa sivil pula, mahkamah mempunyai kuasa yang tiada had bagi kes-kes kemalangan  dan pertelingkahan atau pertikaian yang melibatkan tuntutan tidak melebihi darippada jumlah RM 250 00.00. 

Mahkamah  Majistret 
Terbahagi kepada Mahkamah Majistret Kelas 1 dan Majistret kelas 2.

Mahkamah Majistret Kelas 1 
Bidang kuasa : Jenayah – mendengar semua kes jenayah dan hukuman penjara yang boleh  dijatuhkan ialah penjara tidak melebihi 10 tahun. 
Secara amnya, seorang Majistret Kelas 1 boleh menjatuhkan hukuman yang diperuntukkan undang-undang tidak melebihi : 5 tahun penjara , Denda sebanyak RM 10 000.00 , Rotan hingga 12 kali 
Kombinasi mana-mana hukuman di atas. Bagi bidang kuasa sivil – boleh mendengar perkara yang dipertikaikan di mana jumlah tuntutan tidak melebihi RM 25 000.00.


Mahkamah Majistret Kelas 2 
Bidang kuasa : Jenayah – boleh mendengar kes-kes di mana hukuman penjaranya tidak melebihi 12 bulan atau denda sahaja. 
Boleh menjatuhkan hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang tidak melebihi : 
bulan penjara denda sebanyak RM 250.00 
kombinasi mana-mana hukuman di atas 
Bidang kuasa sivil – boleh mendengar kes-kes yang tidak melebihi 
RM 3 000.00.

Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab menggubal atau melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu adalah seperti Parlimen, kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan : 

a.      pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan negeri 
b.      kewujudan atau tidak kewujudan raja 

Berasaskan pembahagian ini, terdapat sistem kerajaan persekutuan, kesatuan, konfederasi, republik dan beraja. 

  
Kerajaan Kesatuan
  
dilaksanakan melalui pemusatan kuasa, iaitu kerajaan pusat mempunyai segala kuasa  kerajaan 
Contoh : Malayan Union adalah terdiri dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 
Kesemuanya disatukan dalam pentadbiran pusat di Kuala Lumpur di bawah Gabenor British 
Kerajaan pusat berhak mengubah kuasa-kuasa atau sempadan mereka 
Kerajaan pusat juga boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat  kerajaan lain 
Contoh : Britain, New Zealand, Perancis, Sweeden, Norway dan Denmark 

  
Kerajaan Konfederasi 

merujuk kepada persepakatan di antara beberapa buah negeri melalui perjanjian bersama 
kuasa kerajaan terletak di tangan kerajaan-kerajaan negeri 
Contoh : Jerman (tetapi tidak lagi sekarang ini) 

  
Kerajaan Persekutuan 
  
beberapa buah negeri disekutukan untuk kepentingan bersama 
setiap negeri mempunyai sistem pentadbirannya sendiri dan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri 

  
Kerajaan Republik 
  
ketua negara lazimnya seorang Presiden 
Contoh : Filipina, India, Perancis, dan Portugal 


Kerajaan Beraja 
  
ketua negara adalah raja / ratu 
hampir kesemua negara yang mempunyai sistem beraja hari ini, kuasa raja dihadkan oleh perlembagaan 
Contoh : Malaysia, Britain – sistem raja berpelembagaan iaitu raja menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut perlembagaan undang-undang 

Kerajaan Demokratik 
demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu demos (rakyat) dan kratos (kuasa) 
oleh itu, rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara melalui pilihanraya umum 

antara ciri-cirinya : 

a.      semua warganegara mempunyai kelayakan umur tertentu boleh mengundi 
b.      setiap warganegara dibenarkan bertanding dalam pilihanraya 
c.      pengundian pilihanraya dibuat berdasarkan bilangan undi terbanyak 
d.      badan perundangan (Parlimen) terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih 
e.      mengutamakan kebebasan, persamaan dan hak-hak rakyat 


PERHATIAN
Pelajar kena pandai membezakan semua jenis kerajaan yang disenaraikan.


ISTILAH MAHKAMAH
1. Afidavit - Satu kenyataan bertulis atas nama seorang yang bersumpah dan menandatangani kenyataan tersebut, C,orang itu mesti berupaya membuktikan kenyataan-kenyataannya di mahkamah.
2. Alibi - Orang yang dituduh berada di tempat lain semasa kejadian berlaku.
3. Bigami - Orang bukan Islam yang berkahwin semasa perkahwinan yang pertama masih sah.
4. Certiorari – Memohon di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah.
5. Condictio - Kes yang melibatkan tindakan peribadi seseorang ke atas orang lain (kes civil).
6. Contempt of court - Menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan mahkamah.
7. Culpa lata - Kesalahan yang berlaku kerana kecuaian yang ketara sehingga dianggap sengaja.
8. Defamation - Kesalahan yg melibatkan terbitan dan cetakan sesuatu maklumat palsu terhadap seseorang (fitnah).
9. Ex parte - Satu permohonan oleh plaintif (orang yang menuntut) kepada mahkamah bagi mendengar kes tetapi tanpa kehadiran pihak defendan.
10. Functus officio - Mahkamah telah menjatuhkan hukuman, oleh itu tidak boleh tukar hukuman dan membuka kesitu semula di mahkamah yang sama.
11. Habeas corpus – Arahan mahkamah supaya seseorang dahun tahanan dilepaskan supaya orang itu datang sendiri untuk mendengar dan membela dirinya dalam sesuatu kes di mahkamah.
12. Injunksi - Perintah mahkamah terhadap seseorang supaya melakukan atau berhenti melakukan sesuatu sama ada untuk jangka masa sementara atau tetap.
13. Mandamus - Perintah Mahkamah Tinggi menyuruh seseorang atau agensi menjalankan togas untuk orang swam.
14. Mandatori - Satu hukuman yang sepatutnya dilaksanakan dan tidak boleh diringankan.
15. Mitigasi - Permohonan untuk mengurangkan hukuman yang telah dijatuhkan.
16. Kesalahan pejuri - Membuat sumpah (angkat sumpah) yang palsu.
17. Prima facie - Kes yang dapat diteruskan dalam mahkamah kerana mempunyai bukti-bukti yang kuat.
18. Power of attorney - Saluran rasmi yang membolehkan seseorang mendapat hak untuk mewakili dan bertindak untuk seseorang.
19. Percedent - Keputusan mahkamah mengikut fakta dalam kes-kes yang sama dan lama yang sudah pernah dibuat oleh mahkamah-mahkamah sebelunuiya (duluan).
20. Sapina (subpoena) - Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah atau sesuatu tempat pads satu masa kerana sesuatu perkara yang ada kaftan dengan perbicaraan.
21. Sine die - Menghentikan dan menangguhkan kes tanpa menetapkan tarikh untuk menyambung semula sesuatu kes sebab tiada fakta yang boleti menyabitkannya.
22. Status quo - Kembali kepada keadaan atau kedudukan asal.
23. Stay of execution – Ditanggulikan atau digantung sesuatu hukuman mahkamah.
24. Ultra vires - Satu tindakan yang melampaui batas atau di luar kuasa undang-undang.
25. Writ - Satu dokumen/surat perintah yang dikeluarkan atas nama Yang di-Pertuan Agong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan